Cepat betul, dah sebulan kita berpuasa. Rasa macam baru hari tu mula! Pejam celik, pejam celik esok dah raya. Yana nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada korang semua!

Eh ehhh semangat betul Yana yaa, awalnya wish. Hehehehe tak lah, petang ni Yana nak balik kampung dah, bila balik rumah balik pun tak tahu. Haaa dekat kampung memang takda masa lah nak update blog kan, sibuk beraya sana sini. So, Yana ucap la awal awal.

Hari ni memang busy gila, duduk dapur je dari pagi tadi. Wuuuuu, Yana masak? Ceyyy takda lah, Yana tolong Mama Yana masak je. Masak apa tu?

HAHAHAHAHAHA, yaa tak lain dan tak bukan, masak rendang dan rebus ketupat laa. Alhamdulillah rendang dah selesai. Sekarang ni tengah tunggu ketupat siap rebus, haaa sementara tu Yana update la blog kejap kan.







Ketupat, rendang. Sila nikmati, kawan! Penat memasak malam ke pagi 😜

Petang japgi kita gerak kampung yay. Kampung Yana dekat je. Banting, Selangor. Dalam 1 jam 30 minit drive dah sampai. Ni belah mak, belah ayah lagi la dekat! Bukan kawasan kampung pun! Kat mana tu? Petaling Jaya, Selangor. Haa, dekat kan? Dekat gila! Kawan-kawan Yana semua kampung jauh ke luar negeri. Yana pulak, kampung dengan rumah semua dalam satu negeri je. Best juga sebab dekat. Tapi, teringin juga nak ada kampung luar negeri, best tak?

Okay lah, Yana kena off ni. Tak packing baju and barang-barang lagi! Insya'Allah bila dah balik KL, Yana update lagi yaa. Hari ni cerita last day puasa, next update cerita first day raya pula! Hehehehe.

Again,
Salam Aidilfitri, semua! Hehehehe, kirim salam Yana untuk tok nenek korang! Yana mintak maaf atas segala salah silap Yana tau. Maaf zahir dan batin! Yana doakan korang semua selamat perjalan pergi dan balik kampung yaa.

Until next time, insya'Allah. Byeeee!