Salam Aidilfitri, Semua!

Cepat betul, dah sebulan kita berpuasa. Rasa macam baru hari tu mula! Pejam celik, pejam celik esok dah raya. Yana nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada korang semua!

Eh ehhh semangat betul Yana yaa, awalnya wish. Hehehehe tak lah, petang ni Yana nak balik kampung dah, bila balik rumah balik pun tak tahu. Haaa dekat kampung memang takda masa lah nak update blog kan, sibuk beraya sana sini. So, Yana ucap la awal awal.

Hari ni memang busy gila, duduk dapur je dari pagi tadi. Wuuuuu, Yana masak? Ceyyy takda lah, Yana tolong Mama Yana masak je. Masak apa tu?

HAHAHAHAHAHA, yaa tak lain dan tak bukan, masak rendang dan rebus ketupat laa. Alhamdulillah rendang dah selesai. Sekarang ni tengah tunggu ketupat siap rebus, haaa sementara tu Yana update la blog kejap kan.







Ketupat, rendang. Sila nikmati, kawan! Penat memasak malam ke pagi 😜

Petang japgi kita gerak kampung yay. Kampung Yana dekat je. Banting, Selangor. Dalam 1 jam 30 minit drive dah sampai. Ni belah mak, belah ayah lagi la dekat! Bukan kawasan kampung pun! Kat mana tu? Petaling Jaya, Selangor. Haa, dekat kan? Dekat gila! Kawan-kawan Yana semua kampung jauh ke luar negeri. Yana pulak, kampung dengan rumah semua dalam satu negeri je. Best juga sebab dekat. Tapi, teringin juga nak ada kampung luar negeri, best tak?

Okay lah, Yana kena off ni. Tak packing baju and barang-barang lagi! Insya'Allah bila dah balik KL, Yana update lagi yaa. Hari ni cerita last day puasa, next update cerita first day raya pula! Hehehehe.

Again,
Salam Aidilfitri, semua! Hehehehe, kirim salam Yana untuk tok nenek korang! Yana mintak maaf atas segala salah silap Yana tau. Maaf zahir dan batin! Yana doakan korang semua selamat perjalan pergi dan balik kampung yaa.

Until next time, insya'Allah. Byeeee!

Stylish Flats for Every Woman!

Yay, raya dah nak dekat dah! Mood raya dah kembali. Haa, siapa dah shopping raya? Yana sendiri masih belum habis shopping lagi ni. Tinggal nak cari kasut je.

Korang dah beli kasut raya? Siapa yang masih buru kasut lagi? Korang cari kasut macam mana? Kalau Yana, Yana suka pakai flats. Memang perempuan sealunya pakai heels, tapi trend sekarang semua pakai flats je tau!

Mana nak cari flats cantik-cantik eh? Haaa mana lagi kalau bukan kat ZALORA

Sumpah rambang gila mata Yana bila tengok flats dekat Zalora ni. CANTIK GILA. Harga pun semua berpatutan sangat! Macam-macam design ada tau! Warna pun semua cantik gila.

Haa sesiapa yang nak tambah lagi collection kasut tu, Yana cadangkan beli dekat Zalora. Banyak gila pilihan tau! Jom tengok designs yang ada dekat Zalora ni.

1. Ballerina flats

Untuk sesiapa yang berstyle lebih girly and feminin, Ballerina flats ni sesuai gila untuk korang. Flats macam ni la yang Yana minat tau! Ballerina flats ni boleh pakai dengan apa-apa je tak kira lah seluar jeans, skirt, baju kurung, jubah, haaa semua boleh! Banyak GILA design Ballerina flats ni yang cantik and comel kat Zalora ni. Nak menangis tengok tau, rasa macam nak beli semua!

2. Loafers

Kalau korang lebih kepada flats yang swag and stylish sikit, loafers ni sangatlah perfect untuk korang! Siapa kata lelaki je boleh bergaya? Perempuan pun boleh! Loafers ni sangat casual and boyish, sesuai betul kalau pakai dengan jeans. Mesti rasa confident gila bila keluar rumah! Lagipun, loafers ni memang selesa and stylo lah. Lagi-lagi loafers yang dari Zalora, kan? Hehehehehehe.

3. Sandals
Ada orang yang suka pakai flip flops je macam selipar biasa tu haa, tapi nampak selekeh kan? Takpa jangan risau, sandals ada! Flats jenis ni pun favourite Yana tau. Banyak gila design sandal yang cantik dekat Zalora ni, macam-macam ada untuk semua gaya! Lagi best, sandals ni pakai dengan apa-apa pun sesuai! Pakai bila-bila pun boleh, sandals takkan outdated. Dari dulu sampai sekarang, sandals ni trend perempuan jugak!

Banyak kan jenis flats yang ada? Design pun banyak gila! Cantik, comel, stylish, and banyak lagi semua ada kat Zalora. Serious nak menangis bila tengok flats Zalora ni.

DESIGNS OF FLATS FOR WOMAN

Lepas ni tak perlu susah-susah pusing satu mall cari kasut yang sesuai, bukak je website Zalora ni, semua design ada! Haaa apa tunggu lagi, jom shopping dekat Zalora!

#KrafRaya16 !

I had a school trip yesterday! Yayyy, lama tak pi lawatan. Dekat sekolah, Yana ahli Kelab Kebudayaan ((eceyyy)) and the trip was for the members of the club. We went to Kompleks Kraf Kuala Lumpur!

Haa, mula-mula lawatan dulu. Tour guide dekat situ bawa kitorang ke Muzium Kraf! Muzium kraf tu ada macam-macam la, mostly barang-barang anyaman. Batik pun banyak! Kain songket pun ada.

Ada jugak tempat diorang demonstrasikan cara-cara buat batik. Haaa time ni la Yana belajar macam mana nak buat batik! Tapi yang simple punya je la, guna cat air. Best juga tau! Ada juga orang yang tunjuk macam mana nak buat kain songket guna mesin manual tu. Cantik!







Batik cat, batik sulat, batik cop, haa banyak lah!

Haaa lepas tu, baru shopping raya! Sebenarnya, bukan lawatan sangat pun. Hehehehehehe, sekarang tengah ada Warna-Warni Aidilfitri 2016 dekat sana! Macam sale raya la. Colours of Aidilfitri 2016! Haa, sebab tu cikgu bawak kitorang datang sini, nak shopping raya! Eceyyy.

Macam-macam ada dekat situ. Jubah, baju kurung, tudung, telekung, haaa everything lah! Semua colours ada tau, memang warna-warni sangat! Yang special nya, mostly clothing kat situ design batik. Nama pun Kompleks Kraf kan. Ehhh tapi design lain pun ada jugak, don't worry. Haaa design semua cantik betul, handmade batik design. Dah kata handmade, harga mesti lain sikit kan! Yana tak beli apa-apa clothing pun sebab tak cukup duit hmmm.

#KrafRaya16

Dah tu Yana beli apa? Kuih raya! Tak dapat baju takpa, dapat kuih yay. Haaa kat #KrafRaya16 ni banyak jual makanan juga tau. Kuih raya, rendang, kek, and more. Yana beli mini macaroons, rainbow cookies, dan kek lapis perisa Horliks! Sebab Yana datang dengan lawatan sekolah, makanan semua ni dapat harga student.

Memang best lah #KrafRaya16 ni. Menyesal betul Yana tak bawak duit extra semalam, kalau tau dah boleh shoppoing baju dah! Rambang mata je la Yana bila datang situ.

Haaa takpa, takpa. Ada masa lagi nak shopping sana. #KrafRaya16 ni berlangsung dari 22 Jun hingga 3 Julai tau! Siapa yang belum shopping raya atau nak shopping lagi tu haa datang lah sini. Tak jumpa warna baju yang korang nak? Haaa #KrafRaya16 ni semua warna ada! Makanan pun ada tau! Ceyyyy.

Okay lah korang, that's that for today. I'll update more soon yaa!
Byeeeeee!